Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Latest Writings

[Games] – Petal Around The Rose

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.. Hari ni saya nak kongsikan satu permainan yang memerlukan anda untuk menggunakan minda dengan baik dan betul.. Ahaks, games ni sungguh menarik dan korang boleh mainkan permainan tersebut di sini..

http://www.borrett.id.au/computing/petals-j.htm

Posted on 7 June '10 by Sabri, under Games. No Comments.

[Olympiad] – Soalan 3

Lama dah tak update.. Semua maklum bahawa sabri pun sedang menghadapi peperiksaan pertengahan tahun yang disediakan oleh Jabatan Pelajaran Selangor.. Insya’Allah kertas soalan peperiksaan pertengahan tahun ni akan diupdate sejurus sahaja selepas sabri dapat kembali kertas tersebut.. ;) Untuk sesiapa yang hendak berkongsi kertas soalan, bolehlah hubungi sabri melalui emel, sabri0308@gmail.com.. Terima kasih..

Soalan Olympiad hari ini berbunyi seperti ini = Dalam kotak apakah (A / B/ C / D) letaknya nombor 98?

Sila klik more untuk mengetahui jawapannya.. (more…)

Posted on 18 May '10 by Sabri, under Olimpiad. No Comments.

[Bank Soalan] – Modul Item Berfokus Klang 2010

Sila muatturun di sini atau pergi ke ruangan Bank Soalan..

Posted on 12 May '10 by Sabri, under Ucapan. 4 Comments.

[Olympiad] – Soalan 2

Hari ini adalah hari Selasa.. 100 hari akan datang, bermula daripada hari ini.. Hari apakah itu? (more…)

Posted on 10 May '10 by Sabri, under Olimpiad. No Comments.

[Olimpiad] – Soalan 1

Ehem2, ok.. Pengenalan dulu mengenai Olimpiad.. Olimpiad ni sebenarnya bukan dalam silibus SPM, tapi sabri akan mendedahkan dekat kau soalan-soalan yang memerlukan untuk kau berfikir.. Amacam, okei? Dengan ini kau akan dapat me-relate-kan antara Matematik dengan kehidupan.. ;)

Ahaks, untuk minggu pertama soalannya mudah sahaja.. Di bawah terdapat 9 kotak.. Sila isikan nombor di kotak tengah, supaya jumlah nombor di setiap rows, column dan diagonal menjadi sama.. Jeng3..

Sila dapatkan jawapan dengan klik Read More.. (more…)

Posted on 28 April '10 by Sabri, under Olimpiad. No Comments.

[Latihan] – Standard Form 1

Diagram represent a rectangle A and a square shape B..

Find the area of A in m²..

Posted on 21 April '10 by Sabri, under Standard Form. 4 Comments.

[Latihan] – Sets 1

An apple a day keeps the doctor away‘.. Saya mengambil konsep ini untuk diaplikasikan dalam subjek matematik.. ‘A Question a Week Keeps the Problems Away‘.. Hari ni saya akan berkongsikan satu soalan yang pernah keluar dalam SPM.. Soalannya sebenarnya teramat mudah, cuma kecuaian tadi membuatkan saya tersilap di satu sahaja soalan, membuatkan markah saya berkurang 1 daripada markah penuh.. Apakah soalannya? Jeng3.. Hehe.. OK.. dalam satu kotak ada bulatan A, B dan C..

Sila lukiskan gambarajah sebagai jawapan.. Lepas dah buat tu, sila-silalah scan kan jawapan dan kongsikan bersama rakan-rakan lain di sini..

Posted on 20 April '10 by Sabri, under Sets. No Comments.

Teknik Belajar Matematik

Semasa saya mula-mula memasuki kelas 3 Amal (kelas elit tingkatan 3), saya agak gementar. Semua pelajar paling elit dikumpulkan dalam kelas ini. “Elit? Elit ke aku ni?” fikir saya setiap masa. “Dah la matematik pun tak reti, elit konon..” kata hati saya kadangkala.

Hendak dijadikan cerita, saya duduk disebelah pelajar bernama Sabri.  Sabri ni pendiam sikit orangnya tetapi pandai. Satu perkara saya perasan tentang Sabri ni. Saya selalu nampak dia tersenyum sorang-sorang, kadangkala bercakap sorang-sorang. Risau jugak saya tengok dia. tetapi bila saya lihat betul-betul, dia tersenyum atau bercakap sorang2 ketika membuat latihan matematik rupanya. Bila cikgu tidak ada dalam kelas, dia akan buka buku matematik. Dia nampak seronok buka buku matematik macam membuka buku komik pula. Saya hairan.

Saya tanya dia, “apa yang seronok sangat ni Sab…?”. Sabri menjawab “Seronok la bila dapat gak akhirnya jawapan soalan ni. Berapa hari aku cuba tak dapat-dapat”. Bila dah hari-hari saya lihat dia begitu, saya rasa saya mula memahami kenapa perangainya begitu.

Yang peliknya, sikap dia tu seolah-olah berjangkit kat saya pulak. Saya mula ikut-ikut dia buat latihan. Saya pilih yang senang je mula-mula. Tapi lama kelamaan saya dah mula boleh kejar kepantasan Sabri buat latihan matematik. Lama-kelamaan juga kami seolah bertanding siapa lagi cepat boleh menyelesaikan masalah matematik daripada buku teks. Semakin lama semakin seronok.

Tanpa saya sedari, saya sebenarnya sudah mula menguasai matapelajaran matematik yang selama ini saya rasa sangat susah. Saya terfikir, ” kenapa tahun lepas rasa susah sangat eh?”. Saya dan Sabri berjaya menghabiskan semua soalan matematik yang ada dalam buku teks matematik. Saya tidak ada buku tambahan matematik (tidak mampu beli ketika itu) jadi Sabri yang sering membawa soalan daripada buku tambahan terutamanya daripada kelas tuisyennya. Dapat la saya tumpang belajar.

Dipendekkan cerita, saya mula mendapat A dalam matapelajaran matematik. Matematik sudah menjadi matapelajaran yang pasti dapat A setiap kali peperiksaan. Malah, semasa peperiksaan sebenar PMR, setelah guru matematik memeriksa kertas peperiksaan saya, beliau senyum dan mengatakan jawapan saya betul semua.

Kesimpulannya, apa yang dapat dipelajari daripada cerita tentang teknik belajar matematik? (more…)

Posted on 17 April '10 by Sabri, under Motivasi. No Comments.

Entri Pertama

Assalamualaikum and Salam Satu Malaysia..

Selamat datang ke blog Matematik SPM.. Blog ini dikendalikan oleh WEFTI Production dan bertujuan untuk menyediakan satu wadah kepada semua pelajar Malaysia untuk berkongsi maklumat dan pengetahuan. Saidina Ali, seorang tokoh Islam yang terkenal berkata, “Harta jika kamu bahagikan nescaya akan berkurang namun ilmu jika kamu sebarkan ianya akan berkembang”. Di blog ini, kami akan menyediakan pelbagai pengisian untuk kita semua pelajar malaysia untuk bersama-sama kita bina minda dan bina negara dan seterusnya bina agama kita.

  • Pengisian dalam blog ini akan terdiri daripada :
  • Tips menjawab soalan
  • Teknik menjawab peperiksaan yang disediakan oleh guru-guru yang mahir
  • Bank soalan
  • Soalan-soalan peperiksaan percubaan dan sebenar
  • Ruang perkongsian
  • Artikel motivasi
  • Ruang wawancara dengan tokoh terkenal dan pelbagai lagi yang semestinya akan membantu kita semua mencapai kejayaan.

Oleh itu, anda semua digalakkan berkunjung ke sini dan bersama kita merangkul keunggulan. Jika anda adalah calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia / SPM, jangan lepaskan peluang untuk bersama menyertai kami! Tiada bayaran dikenakan!

Posted on 17 April '10 by Sabri, under Ucapan. 1 Comment.